MMWallet4U.COM Kini Kembali

Written by Mamat on 15 August, 2008 – 6:06 pm -



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Syukur alhamdullilah kerana dengan limpah rahmat-Nya website ini masih lagi berjalan seperti biasa selepas ke-down-an yang hampir 2 bulan yang disebabkan oleh syarikat pembekal CGYHOST yang kononnya dikatakan bankrup.

Tapi syukurlah kerana kini mereka bangkit semula dengan memberi pampasan yang setimpal diatas masalah mereka iaitu memberi 6 bulan langganan percuma bagi hosting.

Tetapi bukan berita gembira juga kerana domain ini ( MMWALLET4U.COM ) akan “expired date” pada 20 Ogos 2008.Jadi saya dengan muka tebal ini ingin memohon sedikit sumbangan daripada anda untuk membantu saya meringankan beban dengan memberi sumbangan ikhlas berupa wang tunai RM10 jah.

Duit anda akan saya guna untuk :”renew” domain ini, RM35 jer..Jadi saya hanya memerlukan dua orang jer yang sudi memberi sumbangan ikhlas ni.

Sebagai terima kasih saya kepada kedua-dua mereka itu, saya akan membina satu website seperti ini yang telah dikemaskini daripada masa ke semasa.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di nombor 013-9167380.

Sekian,Terima Kasih.

p/s:aku sekarang tengah pratikal, jadi hasil jualan pun tidak banyak lainlah kalu aku ada kat asrama, banyak masyuk.


Tags: , , , ,
Posted in Biz |

One Comment to “MMWallet4U.COM Kini Kembali”

  1. mytechnie Says:

    Assalamualaikum WBT,

    Terima kasih kerana masih melanggan perkhidmatan hosting dari CGYNet.

    Saya mewakili pihak CGY Hosting Network Sdn. Bhd. ingin memohon sepuluh jari kemaafan terhadap sebarang gangguan perkhidmatan yang diharapi oleh para pelanggan CGYHost. Alhamdulillah, dengan penstrukturan semula syarikat dan penjenamaan baru CGYHost kepada CGYNet akan memberikan kesegaran kepada kami untuk terus komited memberikan yang terbaik kepada para pelanggan.

    Kadang-kadang terkejut juga saya membaca komen-komen bekas pelanggan kami. Selain itu, fitnah-fitnah juga disebarkan dan terdapat tokok tambah dalam penyebaran sesuatu isu mengenai CGY. Saya agak terkilan tetapi mungkin pelanggan lebih terkilan dengan perkhidmatan CGY sejak akhir-akhir ini. Untuk makluman, CGY TIDAK PERNAH BANKRUP atau menutup operasi syarikat sejak ia dikorporatkan. Tambahan pula, CGY juga mempunyai perniagaan-perniagaan lain seperti IT Consultant, IT-Centre, Cyber Cafe, Live Streaming & Production Service. Alhamdulillah, hasil daripada komitmen CGY, operasi hosting telah dipulihkan kembali pada 13 Ogos 2008.

    CGY yang suatu masa dahulu merupakan salah satu daripada syarikat hosting Bumiputra pada tangga lima teratas terumbang-ambing disebabkan masalah kekurangan modal pusingan, tambah-tambahan lagi apabila pelanggan-pelanggan besar kami lewat melakukan bayaran.

    Terima kasih di atas komen-komen saudara. InsyaAllah, pihak kami akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada semua pelanggan CGYNet dan memperbaiku mutu serta kualiti perkhidmatan CGYNet.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi saya di talian 017-2577622 atau YM : mytechnie atau MSN : pro_yazrie@msn.com. Saya sedia menjawab sebarang persoalan yang dikemukakan sebaik mungkin.

    Akhir sekali, Salam Ramdhan dari kami CGYNet dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

    Wassalam WBT.

    Sekian,

    “CONNECT WITH ENDLESS POSSIBILITIES”

    Mohd Yazrie bin Mohd Shukri
    Ketua Pegawai Eksekutif
    CGY Hosting Network Sdn. Bhd. (782068-A)

    http://www.cgynet.my

Leave a Comment

You must be logged in to post a comment.

RSS